Sunday 4 December 2011

AYAT SYIFA



AYAT PENYEMBUH

Rahsia ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW. Ayat-ayat Syifa ini amat bertepatan dijadikan amalan sebagai ikhtiar penyembuh penyakit.

Enam ayat Al-Qur’an ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit. Ayat-ayatnya ialah : (Sila rujuk Al-Qur’an untuk ayatnya)


” Dan (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati orang yang beriman”.  (Surah al-Tawbah ayat 14 )

” Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada.” (Surah Yunus ayat 57)

 “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.” (Surah al-Nahl ayat 69)

 “Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah al-Isra’ )

 “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.” (Surah al-Syu’ara ayat 80)

 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.” (Surah al-Fussilat ayat 44)


SELAWAT SYIFA

Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.”