PENGENALAN

AURA TERAPI TRI-QUANTUM
(TENAGA PIRAMID – TENAGA KOSMIK – TENAGA ROHANI)
PENGUBATAN PRANA
(Getaran Tangan Gaib)
Manusia terdiri daripada tubuh yang mempunyai jiwa/emosi, minda dan fizikal. Pada tubuh manusia tersimpan tenaga elektrik semulajadi (Prana) dan medan elektrik (Aura) yang boleh ditumpukan (kosentrasi) untuk menghasilkan Tenaga Dalam.

Tenaga Dalam ini boleh berlaku melalui latihan fizikal dengan mengatur pernafasan yang memberi kesan pada bekalan oksigen dalam tubuh.
Pengamal Tenaga Dalam boleh memggunakan kekuatan supernatural  yang luarbiasa untuk menjadi seorang paranormal memiliki kuasa penyembuh yang dikenali sebagai Pengubatan Prana.

TENAGA BIOELEKTRIK TUBUH

Tenaga Semesta Alam adalah bersifat baik sama dengan tenaga yang dimiliki oleh manusia secara secara harmoni.
Manusia akan menjadi baik dalam makna yang seluas-luasnya – Fizikalnya sihat, fikirannya sihat, hatinya sihat dan jiwanya sihat jika ia mempunyai keselarasan dengan tenaga alam semesta.
Persoalan sakit, masalah atau tekanan hidup  berlaku apabila tenaga yang dimiliki oleh manusia yang wujud dalam fizikal, minda dan jiwa itu bertentangan dengan tenaga alam semesta.

Aura

Medan elektrik dapat diperbesarkan  sehingga menghasilkan tenaga elektrik tubuh (bioelektrik) apabila electron bergerak lebih cepat secara teratur
Penyakit merupakan kesan dari wujudnya ketidakseimbangan tiga unsur dalam badan iaitu Fizikal, Minda dan Jiwa yang factor penyebabnya berasal samada;

1.      Dari dalam diri sendiri – perubahan warna aura pada cakra atau toksid yang memekatkan aliran darah

2.  Dari luaran tubuh – virus dan bacteria yang menganggu keseimbangan tubuh atau makhluk halus yang menganggu jiwa

Getaran hawa panas dan pancaran sinar yang dikeluarkan  oleh bahagian tubuh yang sakit akan berbeza dengan pancaran sinar yang dikeluarkan dari bahagian tubuh yang normal.
Seorang pengamal perubatan secara penyembuhan batin dapat mengetahui bahagian tubuh yang sakit dengan bahagian tubuh yang normal  dengan mengenali getaran, hawa panas atau sejuk dan pancaran sinar yang dikeluarkan dari berbagai bahagian tubuh atau cakra tubuh.

Untuk mendapatkan rawatan sila lihat di PUSAT RAWATAN AURA TERAPI TRI-QUANTUM
atau hubungi Mahaguru Samson 017-7235095


No comments:

Post a Comment