SIHIR MINYAK
PENGASIH
Sihir dari segi istilah merupakan satu
perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir
secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar
hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang,
mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir
dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah
menjelaskan sihir seperti berikut:
“ Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia
untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan
dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana
ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di
antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang
atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali
yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum
Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.
* Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat
Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang
tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar
oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara
suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa
sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah
diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis
dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.
* Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang
merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan
mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang
pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan
dalam Surah Taha, ayat 63-69.
* Rujukan mengenai sihir amat juga amat
jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang
Yahudi Arab.
Kalau kita teliti catatan diatas maka
kita akan fahami bahawa sihir adalah satu perbuatan untuk mencapai sesuatu
tujuan,begitu juga ilmu putih matlamat mencapai sesuatu tujuan jadi apakah
bezanya ilmu hitam dengan ilmu putih?
Mungkin orang akan melihatnya sebagai satu
cara pengolahan atau pengamalannya sahaja yang berbeza.Didalam kontek minyak
pengaseh matlamatnya serupa iaitu memikat untuk
dikasihi/disenangi/disayangi.Yang memisahkan kata sihir/ilmu hitam itu dari dari
ilmu putih ialah caranya dibuat dan amalanya sahaja.Bahkan yang bersifat putih
boleh dihitamkan.Minyak cenuai yang asalnya atau pemulaan persiapannya bersifat
putih boleh ditukarkan menjadi hitam dengan menambah sedikit bahan kotoran
didalamnya dan ditapakan.Sebab itu bukan semua minyak cenuai kita boleh katakan
bersifat putih walaupun asalnya adalah putih kerana ianya bergantung siapakah
yang mengolahkannya dan cara mana ianya diolahkan.
Boleh dikatakan semua minyak pengasih
memerlukan pemujaan dan saya suka membahagikan pemujaan ini kepada dua
cara;
Pertama - yang hanya melibatkan bacaan jampi mentera serta ayat2
alquran(bersifat putih).Saya katakan pemujaan adalah kerana minyak dan ramuan
didalamnya diseru dan diberikan bacaan secara tidak langsong seolah olah
membangkitkan satu semangat atau aura,sebabnya tumbuhan atau minyak itu asalnya
adalah dari tumbuhan yang hidup,yang hidup mempunyai ruhnya yang
tersendiri,kalau dizaman anisme ianya dikatakan semangat(membangkitkan atau
menyeru semangat.)
Kedua - yang bersifat hitam/sihir dimana ianya juga dipuja
dan dibangkitkan semangat itu dan jampi menteranya melibatkan satu penyeruan
terhadap satu unsur yang lain bagi tujuan membantu mengaktifkan kekuatan minyak
itu,sesuatu yang dipuja akhirnya menjadi aktif atau hidup dan kalau penyeruan
atau pemujaan itu melibatkan satu unsur ghaib maka ianya dikatakan berkhadam.