Tuesday 29 November 2011

SIHIR 3



SEMBILAN JENIS SIHIR

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.


2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.


3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.


4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.


5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.


6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.


7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.


8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.


9. Ta’til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.

SIHIR 2


SIHIR MINYAK PENGASIH

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:

“ Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

* Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.

* Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.

* Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.

Kalau kita teliti catatan diatas maka kita akan fahami bahawa sihir adalah satu perbuatan untuk mencapai sesuatu tujuan,begitu juga ilmu putih matlamat mencapai sesuatu tujuan jadi apakah bezanya ilmu hitam dengan ilmu putih?

Mungkin orang akan melihatnya sebagai satu cara pengolahan atau pengamalannya sahaja yang berbeza.Didalam kontek minyak pengaseh matlamatnya serupa iaitu memikat untuk dikasihi/disenangi/disayangi.Yang memisahkan kata sihir/ilmu hitam itu dari dari ilmu putih ialah caranya dibuat dan amalanya sahaja.Bahkan yang bersifat putih boleh dihitamkan.Minyak cenuai yang asalnya atau pemulaan persiapannya bersifat putih boleh ditukarkan menjadi hitam dengan menambah sedikit bahan kotoran didalamnya dan ditapakan.Sebab itu bukan semua minyak cenuai kita boleh katakan bersifat putih walaupun asalnya adalah putih kerana ianya bergantung siapakah yang mengolahkannya dan cara mana ianya diolahkan.

Boleh dikatakan semua minyak pengasih memerlukan pemujaan dan saya suka membahagikan pemujaan ini kepada dua cara;

Pertama -  yang hanya melibatkan bacaan jampi mentera serta ayat2 alquran(bersifat putih).Saya katakan pemujaan adalah kerana minyak dan ramuan didalamnya diseru dan diberikan bacaan secara tidak langsong seolah olah membangkitkan satu semangat atau aura,sebabnya tumbuhan atau minyak itu asalnya adalah dari tumbuhan yang hidup,yang hidup mempunyai ruhnya yang tersendiri,kalau dizaman anisme ianya dikatakan semangat(membangkitkan atau menyeru semangat.)

Kedua - yang bersifat hitam/sihir dimana ianya juga dipuja dan dibangkitkan semangat itu dan jampi menteranya melibatkan satu penyeruan terhadap satu unsur yang lain bagi tujuan membantu mengaktifkan kekuatan minyak itu,sesuatu yang dipuja akhirnya menjadi aktif atau hidup dan kalau penyeruan atau pemujaan itu melibatkan satu unsur ghaib maka ianya dikatakan berkhadam.

SIHIR 1


SIHIR PELALAU

Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.


Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan. Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah. Terdapat sihir pelalau untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit



Ada 4 jenis sihir pelalau atau sihir penghalang:


1. Sihir pelalau perniagaan
2. Sihir pelalau perkerjaan
3. Sihir pelalau pembelanjaran
4. Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan


Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari pelangan-pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ketempat premis perniaggan itu.


Perawat sudah banyak merawati pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini mendapati kebanyakkan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin ini lah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab (mood swing), dan dll.


A. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:


1. Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.
2. Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.
3. Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.
4. Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.
5. Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.


B. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:


1. Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.
2. Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).
3. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasan nya sering mencari kesalahan nya.
4. Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.


C. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pembelajaran:


1. Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.
2. Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajaran nya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.
3. Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.
4. Anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dll.


D. Sintom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau penghalang perkahwinan:


1. Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badan nya.
2. Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.
3. Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.
4. Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.

RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia. (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • \mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

AIR DALAM KONSEP KESIHATAN



Wap air atau 'Aura' yang berada dipersekitaran tubuh manusia adalah sangat cantik, terang dan bercahaya umpama kejadian pelangi yang mengambarkan keadaan tubuh yang berhawa sejuk pada bahagian luar dan panas pada bahagian dalamnya. 

Walau bagaimanapun, aura atau pelangi. yang malap, tidak ber­cahaya dan pudar warnanya itu memberi makna bahawa air di luar tubuh telah bertukar menjadi panas- dan kelabu. Sementara di dalam tubuh 
pula telah bertukar menjadi sejuk. Ini merupakan suatu tanda bagi tahap kesihatan yang kurang baik.

Warna Putih Dalam Rahsia Air Yang Jernih

Setiap warna atau cahaya itu amatlah penting dan saling kait mengait antara satu dengan yang lainnya. Apabila semua itu bersatu maka akan menjadi tumpuan kepada warna putih yang menjadi lambang kesaeian yang mempunyai maksud yang lebih mendalam bagi kesatuan semua warna itu.

Warna putih mempunyai kekuatan yang terus menerus daripada -_ sumber tenaga kekuatan Illahi. Maka jika tercemarnya warna itu, lalu akan tercemarlah juga warna kehidupan yang lainnya. Warna putih ini sebenarnya memegang rahsia air yang bening dan jernih.

Sesungguhnya adalah tidak mustahil bagi setengah orang untuk melihat aura itu. Bagaimanapun kemampuan melihat aura dipesekitaran tubuh-memerlukan kerohanian dan kehalusan jiwa atau ketenangan yang sangat mendalam dan hebat. Warna ini akan mudah dilihat jika diri kita cukup air atau ketika berpeluh, umpama pokok yang disirami air secukup- nya. Oleh itu, mandian air sejuk atau ais akan membantu untuk mencerah­kan lagi cahaya luaran dan dalaman agar menjadi terang benderang. Ini semuanya adalah seumpama berada di dalam terang dan terang juga berada di dalam diri kita sendiri.

Air Sejuk Yang Dingin

Air adalah asal kejadian atau penciptaan semua unsur yang hidup di alam ini. Semua makhluk atau benda jika dikaji dari sudut Ilmu Sains adalah berlaku daripada unsur air. Semua benda itu pula amat alah dan akan kembali menjadi air. Air yang baik dan hidup ialah air yang mengalir kerana jika air itu kaku pada suatu tempat maka ia akan menjadi busuk dan kotor. Jesteru, disitulah fungsi.pergerakan solat yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan. Sementara bagi air yang beku, ia sebenarnya mempunyai struktur yang kukuh dan,stabil. 

Sehubungan itu, mandian air sejuk dan mandi bunga.mampu untuk memperbaiki struktur atom yang lemah atau longgar dan meningkatkan . kandungan oksigen dalam tubuh. Sebenarnya tubuh kita adalah penyimpan rahsia alam dan air amat penting sekali dalam konsep rawatan,-manakala tanah atau daratan pula sangat penting dalam konsep mengenal kejadian atau penciptaan diri sendiri. 

Air sejuk.yang dingin dan bersih serta tidak dimasak adalah lebih baik dan hebat dijadikan amalan dalam menjaga kesihatan kerana ia mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Maka apabila terlupa atau terperanjat secara tiba-tiba atau terganggu perasaan, minumlah air. 

Garam kristal dan air adalah unsur kejadian yang sama ataupun air dalam rahsia nafas. Nafas adalah rahsia oksigen dan oksigen adalah rahsia air. Oleh itu, paru-paru merupakan organ yang sangat sensitif dalam menghadapi serangan alahan dan jangkitan. Nitrogen, oksigen dan hidrogen adalah rahsia air yang bertukar bentuk secara ghaib di dalam tubuh dan sekali gus harganya tidak ternilai.

Hubungan Air 'Dengan Kristal

Batu permata atau kristal juga merupaka.n rahsia air yang mem­punyai molekul atom yang paling stabil. Kristal sangat kuat pengaruhnya kepada tenaga tubuh manusia kerana ia menyerap cahaya telus yang terang benderang. Air yang disinarkan dengan pancaran cahaya akan telus ke dalam air dan membolehkan isyarat gelombang merangsang sel yang tidak seimbang di dalam tubuh. Konsep ini sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengkaji rahsia cahaya dalam air untuk kesihatan.

Isyarat Elektrokimia Di Dalam Tubuh

Tubuh kita mampu untuk meneutralkan air dengan rahsia garam yang diletakkan pada lidah atau dicampurkan dengan air agar isyarat elektrokimia di dalam tubuh menjadi lebih cekap untuk mengwapkan gas yang tidak diperlukan oleh sistem tubuh. Bagi orang yang sesak nafas atau mengah, maka berikanlah air sejuk secara perlahan-lahan dan tahan nafas ketika minum air kerana ini akan dapat mengembalikan oksigen ke dalam darah melalui petukaran di paru-paru.

Air Sebagai Unsur Yang Paling Sensitif

Air adalah unsur cahaya dalaman yang amat peka kepada alam pesekitaran tubuh. Oleh itu, bekalan air samada minum atau mandi yang mencukupi agar tubuh menjadi lebih peka kepada gelombang yang lebih laju untuk menjadikan diri kita lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. 

Ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia dan bahan aktif akan ditukar kepada bentuk tenaga cahaya yang laju oleh memori air yang amat mempengaruhi sel yang memerangkap pelbagai tenaga yang tidakseimbang di bahagian tubuh yang terbabit. Keseimbangan tenaga sel itu yang tidak stabil perlulah segera diseimbangkan kembali kerana sel itu adalah asas atau nadi kehidupan. 

Air Mengimbangai Kawasan Tekanan Rendah

Kekurangan air boleh mendedahkan seseorang kepada gelombang yang memberi tekanan perasaan yang secara tidak langsung akan melemah.­kan kemampuan otak untuk berfikir atau menjadi lambat untuk berfungsi. Maka dengan bekalan air yang sedemikian, air itu akan dapat mengesan dan mengimbangi kawasan tekanan rendah yang dipenuhi dengan gas lengai di dalam tubuh yang memberikan kesan dan tanda sengal, kebas, bisa­bisa dan sebagainya. 

Sebenarnya, tubuh merupakan unsur yang mati jika kekurangan air. Maka sekiranya keadaan ini berterusan, manusia itu akan menuju kearah kemerosotan di dalam nilai-nilai kehidupan yang harmoni dan stabil.

Friday 25 November 2011

BEKAM


Bekam atau hijamah adalah teknik rawatan dengan kaedah membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.

Perkataan Al-Hijamah berasal dari istilah bahasa Arab: 'Hijama' (حجامة) yang bermaksud pelepasan darah kotor. Dalam bahasa Inggeris, ia disebut ‘cupping’, dan dalam bahasa Melayu, ia dikenali dengan istilah ‘bekam’.

Disebutkan bahawa bekam bekerja dengan cara merangsang atau mengaktifkan :
1. Sistem kekebalan tubuh;
2. Pengeluaran Enkefalin;
3. Pelepasan neurotransmitter;
4. Penyempitan dan pelebaran pembuluh darah; serta
5. “the gates for pain” pada Sistem Saraf Pusat (CNS) yang berfungsi memberikan rasa nyilu.

Berbekam merupakan kaedah rawatan klasik yang telah digunakan dalam merawati berbagai jenis penyakit seperti hemophilia, hipertensi, gout, rheumatik arthritis, sakit belakang, migrain serta penyakit-penyakit umum yang lain, sama ada bersifat fizikal mahupun mental.

Bekam merupakan rawatan yang disukai oleh Nabi Muhammad SAW, dalam hadis berikut: Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah bersabda : "Kesembuhan itu ada pada tiga hal: Dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang umatku dengan besi panas." (HR Bukhari)

SEJARAH BEKAM
Hijamah/bekam/cupping dan banyak istilah lainnya sudah dikenali sejak zaman dulukala, iaitu kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai Babylon, Mesir, Saba’ dan Iran. Pada zaman Rasulullah SAW, Baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk tinggi.

Pada zaman China kuno, mereka menyebut hijamah sebagai ‘perawatan tanduk’ kerana tanduk digunakan menggantikan kaca. Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk hijamah. Pada suatu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila disangkutkan pada tubuh manusia, dia akan terus menghisap darah dengan lahap. Setelah kenyang, ia tidak berupaya lagi untuk bergerak dan terus jatuh.

Seorang pakar herba, Ge Hong (281-341 M) dalam bukunya ‘A Handbook of Prescriptions for Emergencies’ menggunakan tanduk haiwan untuk membekam / mengeluarkan bisul yang dipanggil teknik ‘jiaofa’. Semasa Dinasti Tang, bekam dipakai untuk merawat paru-paru. Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam (dikenal dengan istilah ‘Leech Therapy’) dan masih dipraktikkan secara meluas sehingga kini.

Hippocrates (460-377 SM), Celsus (53 SM-7 M), Aulus Cornelius Galen (200-300 M) mempopularkan kaedah pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk rawatan di zamannya. Dalam melakukan teknik rawatan tersebut, jumlah darah yang keluar cukup banyak, sehingga ramai pesakit pengsan. Cara ini juga sering digunakan oleh orang Romawi, Yunani, Byzantium dan Itali oleh para rahib yang meyakini akan kebaikan berbekam.

JENIS BEKAM
Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), iaitu menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah kotor. Bekam kering ini berkhasiat untuk melegakan sakit secara darurat atau digunakan untuk meringankan ketidakselesaan urat-urat punggung kerana rheumatik, juga penyakit-penyakit penyebab ketidakselesaan punggung. Bekam kering baik bagi orang yang tidak tahan suntikan jarum dan takut melihat darah. Kulit yang dibekam akan tampak merah kehitam-hitaman selama 3 hari.

Bekam basah (Hijamah Rothbah), iaitu mula-mula dengan melakukan bekam kering, kemudian kita melukai permukaan kulit dengan jarum tajam (lancet), lalu di sekitarnya dihisap dengan alat berbekam dan pam tangan untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh. Lamanya setiap hisapan 3 sampai 5 minit, dan maksimum 9 minit, lalu dibuang darah kotornya.

Penghisapan tidak lebih dari 7 kali hisapan. Darah kotor berupa darah merah pekat dan berbuih. Dan selama 3 jam setelah dibekam, kulit yang lebam itu tidak boleh disirami air. Jarak waktu pengulangan bekam pada tempat yang sama adalah 3 minggu saja.

WAKTU BERBEKAM
Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21." (HR Ahmad).

Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan terhadap penyakit. Adapun untuk rawatan penyakit, maka harus dilakukan bila-bila sahaja diperlukan. Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.

Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sahih)

Dari Ibnu Abbas r.a., beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kalian." (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))

Ibnu Sina di dalam kitabnya ‘Al-Qaanun’ mengatakan: “Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan kerana mungkin cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergerak lancar dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambahnya cahaya di bulan." 

Tuesday 22 November 2011

AIR PENAWAR YANG MUJARAB


Jampi merupakan bacaan khusus untuk memberikan kuasa sakti yang mujarab kepada ubat. Sementara mantera pula adalah bacaan khusus yang diyakini mempunyai kuasa ghaib untuk menyembuhkan penyakit. Jampi dan mantera adalah warisan kepercayaan zaman 'animisme' iaitu golongan manusia,yang hidup dengan dilingkari kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib daripada makhluk-makhluk ghaib.

Sebenarnya jampi, mantera atau serapah itu merupakan suatu sihir kata yang bererti setiap kata-kata yang diucapkan oleh bomoh, dukun atau pawang itu mempunyai hubungan dengan kuasa ghaib tersebut. Ini disebabkan kata-kata yang menjadi jampi, mentera atau serapah itu tidak dapat berdiri sendiri melainkan ia menumpang suatu kuasa ghaib yang dengan bacaan itu maka kuasa ghaib tersebut akan berfungsi untuk kepentingan bomoh, dukun atau pawang tersebut.

Jika sekiranya jampi, mantera atau serapah itu ditujukan kepada suatu kuasa seperti jin maka jampi atau mantera itu merupakan suatu ibadat kepada makhluk tersebut. Maka disinilah puncanya amalan syirik dan disinilah juga batas penentu samada amalan merupakan suatu amalan yang benar atau yang salah, sesuai menurut pandangan agama Islam yang suci. Jelaslah bahawa pengabdian kepada suatu kuasa yang tertentu selain kekuasaan Tuhan itu bermakna kita yakin penuh terhadap kuasa ghaib tersebut supaya dapat membantu kita untuk penyembuhan sesuatu penyakit atau menyelesaikan masalah atau mendatangkan hajat.

Maka nyatalah perbuatan ini adalah syirik hukumnya kerana kita salah meletakkan kuasa yang tidak dapat menandingi kekuasaan Allah Taala. Oleh itu, sebagai seorang Islam kita tidak harus untuk mempercayai jampi, mantera atau serapah tetapi yang ada untuk kita amalkan adalah 'doa'. Konsep berdoa adalah memohon terus yang dituju-_ kan kepada kebesaran dan kekuasaan Allah swt. tanpa perantara. Amalan penyembuhan Islam ialah memenuhi konsep iman dan amal dengan berdoa, iaitu menumpukan hasrat dan harapan kepada Tuhan dengan melakukan rawatan yang sesuai dengan Ilmu Perubatan, umpamanya membacakan ayat­ayat suci al-Quran atau zikir kedalam Air Penawar Yang Mujarab dengan niat berdoa kepada.Allah swt. agar menyembuhkan penyakit tersebut.

Segelas air dingin yang telah didoakan dengan membaca zikir dan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan penawar, selalunya pesakit yang meminumnya akan berasa kelegaan yang segera. Bagaimanapun kebanyakan orang sekadar melihat segelas air itu sebagai objek bagi menyembuhkan penyakit dan bukan hakikat sebenarnya kenapa segelas air itu yang dijadikan penawar. Fikirkanlah juga kenapa untuk menělan pil sebagai ubat kita dikěhendaki meneguk segelas air?. Sebenarnya segelas air itu menjadi objek bagi menolak pil tersebut supaya lolos di kerongkong dan bukannya sebagai penyembuh.

Begitulah juga hakikat sebenarnya mengapa segelas air yang telah didoakan itu menjadi penawar yang mujarab di dalam rawatan secara Islam. Pil yang dimasukkan ke dalam air berkenaan ialah doa setelah dibaca dan dihembuskan ke dalamnya sebagai ubat. Maka oleh sebab pil itu-boleh-dilihat tentulah seseorang pesak.it itu yakin mengenai pěnyembuhannya, sedangkan doa yang`dibacakan itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

TINGKATKAN TENAGA ROHANI DALAM DIRI MELALUI HOLOGRAM




Fitrah diri setiap insan adalah positif dan sangat mulia yang dipenuhi dengan sifat-sifat terpuji ‘Asmaul Husna’ yang menjadi intipati roh yang ditiupkan ke dalam diri semenjak ia diciptakan. Kita boleh mendapatkan energy positif yang sangat besar dengan Nama-nama Allah yang Sangat Agung ini bagi mengembangkan  sifat-sifat positif dalam diri, disamping membuang sifat-sifat negetif dan keji dalam diri kita.

Hati yang bersifat fitrah juga asalnya lembut dan mudah bergetar apabila disebutkan ‘Allah’ tapi akhirnya ia menjadi keras hingga sukar merasai nikmat Iman dan Takwa walaupun disaat kebesaran dan kekuasaan Allah berlaku dihadapan mata.

Sempadan waktu dan ruang sering menyebabkan kita berada  dalam tekanan, kebimbangan, kekecewaan, kerisauan dan seumpamanya. Kita perlu melakukan sesuatu agar kembali kepada fitrah, perasaan yang bebas, fikiran yang bebas daripada ikatan masa dan ruang yang dipanggil ‘Hologram’.

Meditasi, tafakur dan berzikir boleh membawa rohani kita kepada Sifat hologram ini yang boleh membuatkan kita berasa tenang, bebas, tidak tertekan, tidak rasa kecewa, tidak rasa sakit dan bebas dari ikatan masa dan ruang serta energy diri akan menjadi besar.

AZIMAT PERISAI KAWIBAWA DIRI



     



                                          سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

Adapun azimat perisai kawibawa diri ini mengandungi berbagai berkah dan hikmah sebagai kunci keselamatan diri dan harta benda, terutamanya kepada orang yang sedang sakit kerana gangguan atau dukacita mendapat musibah daripada mala petaka dan bencana.

*      Azimat perisai kawibawa diri ini sangat berguna untuk mencegah rumah daripada kebakaran, kecurian dan sebagainya.

*      Sebagai ikhtihar untuk menjauhkan hantu syaitan, jin dan jembalang yang menganggu rumah, anak isteri dan keluarga... bolehlah dibawa atau dipakaikan dilengan.

*      Boleh juga diletak diatas pintu rumah atau pintu bilik... nescaya banyak khasiatnya.

*      Kalau dipakai sebagai pendinding diri... maka Insya’Allah tubuh badan kita akan menjadi kebal


Bayaran Pengeras RM 55.00
Bank In ke akaun Maybank 151034647231 (Samspn Bin Subari)
sms nama dan alamat ke 017-7235095



MINYAK PENAWAR SERIBU HIKMAT




Adapun minyak penawar seribu hikmat ini dibuat daripada ramuan pati bunga-bungan melalui kaedah perubatan tradisional dan rawatan kebatinan serta disalurkan dengan pengisian aura Tenaga Dalam, supaya ianya dapat bertindak serentak di dalam badan, perasaan dan jiwa. Minyak ini diadun dengan menggunakan bunga yang segar sambil membaca zikir dan ayat-ayat al-Quran serta dimasukkan wafak untuk menambahkan lagi kuasa penyembuhannya.

            Minyak penawar seribu hikmat ini akan bertindak membersihkan dan mempertingkatkan gelombang aura secara semulajadi. Ianya dijamin suci daripada benda-benda haram dan najis serta tidak menggunakan makhluk-makhluk halus, jin atau syaitan. Minyak ini telah ditapakan dan ditutup dengan doa Nurun Nurbuwwah bagi menseimbangkan kembali gelombang aura dan sangat berguna untuk manfaat berikut;

 Hikmat Pengasihan

Ketenteraman rumahtangga, senang mendapat jodoh, menaikkan seri muka, menimbulkan semangat, dipandang mulia, berkarisma dan berwibawa, mudah dinaikkan pangkat, banyak hubungannya dan disukai orang ramai.

Hikmat Keselamatan

Dijauhkan daripada segala mala peataka, mara bahaya dan bencana seperti kemalangan, kebakaran, tenggelam, wabak serta penyakit berbahaya.

Hikmat Perisai

Selamat daripada segala tipu daya orang yang dengki atau khianat, dengan menggunakan ilmu hitam, sihir, tenung, santau, racun serta mencegah daripada penyakit ganjil yang tidak diketahui puncanya.

Hikmat  Kerezekian

Apabila diletakkan di dalam took perniagaan atau kedai, Insya’Allah akan laris jualannya, ramai pembeli murah rezeki dan berkah rezekinya. Berguna sebagai sarana untuk menuntut hutang

Bayaran Pengeras RM 75.00
Bank In ke akaun Maybank 151034647231 (Samspn Bin Subari)
sms nama dan alamat ke 017-7235095


AURA PENYEMBUHAN




RENUNGKAN SEBENTAR DENGAN FIKIRAN POSITIF DAN TERBUKA


A
SALAMUALAIKUM,

     Adakah anda sedang menderita kesakitan, resah gelisah, jiwa tidak tenteram, tekanan perasaan, kusut fikran, sukar tidur. Adakah anda sedang mengalami kemurungan, buntu fikiran, gagal dalam perniagaan, Penceraian, Putus Tunang, Putus Cinta, Putus hsarapan. Adakah anda sedang manghadapi ketakutan, ancaman, Dikhianati, Kecurian.  Adakah selama ini impian anda tidak pernah kecapaian, Merasa Bosan dengan kehidupan

J
angan Berputus Asa, Seiap Penyakit ada Ubatnya kexuali maut. Ramai Yang Telah berjaya dengan ramuan Produk kesihatan yang telah terbukti cepat berkesan, Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh, Meningkatkan Prestasi Seksual, Membuang Toksin, Memecahkan Lemak. Diadun dan dirumus dengan teknologi terkini secara moden supaya mudah digunakan serta Mujarab

A
nda Dipelawa mencuba Kaedah Rawatan Alternatif menggunakan Kekuatan Daya Getaran Tangan melalui Kuasa Tenaga Prana, Tenaga Dalaman, Tenaga Kebatinan serta Teknik Penyembuhan Alernatif dengan Tenaga Alam Semesta bagi menseimbangkan kembali Fizikal, Akal, Hati dan Roh.

I
ngat…Apa Tunggu lagi..! Jangan Tunggu Esok,,!! Jangan Biarkan Penderitaan anda Berterusan. Berusaha dan Berikhtiar Sekarang Juga…!!! Rawatan dengan kaedah Acupunture, Bekam, Refleksologi, Kinesologi, Irisologi dan disokong dengan Bantuan Tenaga ILAHI, melalui  ayat-ayat Suci Al-Quran, Ayat Asy-Syifa’, Zikir dan Doa Nurun Nurbuwwah yang sangat mustajab.

B
erikan Peluang kami untuk membantu mengembalikan semula Nikmat Kesihatan anda agar  hidup  bahagia bersama keluatga. Berusaha dan Berikhtiar untuk berbagai Hajat, Menyembuhkan berbagai Penyakit dan menyelesaikan berbagai masalah secara zahir dan Batin.


PUSAT RAWATAN AURA TERAPI TRI-QUANTUM

PUSAT RAWATAN AURA TERAPI TRI-QUANTUM
No 18 Jalan Joget, Taman Kemajuan, 83000 Batu Pahat, Johor
H/Phone; 017-7235095
Kami mempunyai pengalaman rawatan dan penyembuhan menggunakan  getaran tangan melalui kekuatan Pancaindera ke enam, ayat-ayat al-Quran, zikir dan Doa Nurun Nurbuwwah    Kami menggunakan kaedah rawatan Acupunture, Bekam, Refleksologi, Kinesologi, Irisologi, Tenaga Prana,  Tenaga Dalam, Tenaga kebatinan, Urutan dan Herba

PERHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN

Rawatan Penyakit Misteri

t
Masalah Gangguan Makhluk Halus, Terkena Ilmu Hitam, Sihir, Saka, Jin, Syaitan, Hantu, Jembalang, Susuk, Santau, Racun dan Sawan

Rawatan Terapi Penyembuhan

Masalah Kesihatan, Penyakit Jantung, Lumpuh, Darah Tinggi, Kencing manis, Gaout , Resdung, Sakit sendi Lutut, sengal-sengal Tulang

Rawatan Terapi Khas


· Masalah Rumahtangga, Lemah Tenaga Batin, Mati Pucuk, Lemah Semangat, Anak lari dari rumah

· Masalah Pekerjaan, Tekanan Kerja, Letih, Lesu, Susah naik pangkat atau naik gaji

· Masalah Perniagaan, Perlaris Perniagaan, Pendinding, Pemanis

· Masalah Jodoh, Pengasihan, Pelalau, Putus Tunang, putus Cinta
Pemagaran Harta Benda, Rumah kenderaan, Kedai, ladang dan kebun

Rawatan Terapi Khusus 

Mandian limau untuk Pembersihan fizikal, mental dan jiwa.
Mandian Bunga untuk Pemulihan keseimbangan fizikal, Minda dan roh. /
Mandi Aura untuk kesihatan, seri wajah dan lekas jodoh

BAYARAN IKHLAS
Bayaran Perhidmatan Ikhlas…!!!  Setiap Pesakit hanya akan dikenakan bayaran Produk Kesihatan dan Terapi mengikut Pakej Rawatan yang diperlukan
Tidak Ada Sesiapa Pun Yang Ikhlas Membantu Orang lain Tanpa Membantu Dirinya Sendiri


WAKTU RAWATAN

Isnin - Khamis
!0.00 Pagi –10.00 Malam

Cuti Hari Jumaat