Tuesday 29 November 2011

SIHIR 2


SIHIR MINYAK PENGASIH

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.

Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:

“ Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

* Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.

* Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.

* Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.

Kalau kita teliti catatan diatas maka kita akan fahami bahawa sihir adalah satu perbuatan untuk mencapai sesuatu tujuan,begitu juga ilmu putih matlamat mencapai sesuatu tujuan jadi apakah bezanya ilmu hitam dengan ilmu putih?

Mungkin orang akan melihatnya sebagai satu cara pengolahan atau pengamalannya sahaja yang berbeza.Didalam kontek minyak pengaseh matlamatnya serupa iaitu memikat untuk dikasihi/disenangi/disayangi.Yang memisahkan kata sihir/ilmu hitam itu dari dari ilmu putih ialah caranya dibuat dan amalanya sahaja.Bahkan yang bersifat putih boleh dihitamkan.Minyak cenuai yang asalnya atau pemulaan persiapannya bersifat putih boleh ditukarkan menjadi hitam dengan menambah sedikit bahan kotoran didalamnya dan ditapakan.Sebab itu bukan semua minyak cenuai kita boleh katakan bersifat putih walaupun asalnya adalah putih kerana ianya bergantung siapakah yang mengolahkannya dan cara mana ianya diolahkan.

Boleh dikatakan semua minyak pengasih memerlukan pemujaan dan saya suka membahagikan pemujaan ini kepada dua cara;

Pertama -  yang hanya melibatkan bacaan jampi mentera serta ayat2 alquran(bersifat putih).Saya katakan pemujaan adalah kerana minyak dan ramuan didalamnya diseru dan diberikan bacaan secara tidak langsong seolah olah membangkitkan satu semangat atau aura,sebabnya tumbuhan atau minyak itu asalnya adalah dari tumbuhan yang hidup,yang hidup mempunyai ruhnya yang tersendiri,kalau dizaman anisme ianya dikatakan semangat(membangkitkan atau menyeru semangat.)

Kedua - yang bersifat hitam/sihir dimana ianya juga dipuja dan dibangkitkan semangat itu dan jampi menteranya melibatkan satu penyeruan terhadap satu unsur yang lain bagi tujuan membantu mengaktifkan kekuatan minyak itu,sesuatu yang dipuja akhirnya menjadi aktif atau hidup dan kalau penyeruan atau pemujaan itu melibatkan satu unsur ghaib maka ianya dikatakan berkhadam.

No comments:

Post a Comment